HOME | DD

Therapii — (DMMd x KHR) Dari Dua Dunia
Published: 2013-03-14 00:30:49 +0000 UTC; Views: 257; Favourites: 0; Downloads: 0
Redirect to original
Description Tajuk: Dari Dua Dunia
Watak: Kyouya Hibari, Trip dan beberapa watak dari KHR dan DMMd.
Kisah: Hibari kena tembak dengan Bazooka 10 Tahun, tetapi bazooka itu tidak membawanya ke dunia 10 tahun akan datang, tetapi dia telah tiba di Pulau Midorijima dan akhirnya bertemu dengan Trip.
Penafian: Hibari, Trip, KHR dan DMMd BUKANLAH milik saya. Saya cuma seorang peminat kipas-susah-mati KHR dan DMMd. Tetapi jalan cerita yang mengarut ini adalah milik saya mwahahaha.
Perhatian: Perwatakan yang keluar daripada watak/Bahasa yang rosak/Jalan cerita yang melompat-lompat/Ini semua mengarut/Boleh menyebabkan pembaziran masa.


Prolog

Cahaya matahari yang terang menyinari dunia tidak membuatkan lelaki itu berganjak dari tempat pembaringannya. Suasana sunyi sepi di kawasan bumbung memang amat digemarinya. Walaupun kawasan itu merupakan kawasan larangan bagi pelajar, tapi apa dia kisah? Dia merupakan ahli kelab disiplin. Dia boleh buat apa yang dia suka. Malah tiada sesiapa pun berani menegurnya. Semasa dia sedap berbaring dia ternampak kelibat bayang-bayang di tepi pintu masuk. Tetapi dia tidak mengendahkannya. Dia menutup kelopak matanya, menikmati kehangatan mentari di waktu tengah hari.

Dia merasakan sesuatu menghalang di hadapan mukanya. Pasti bayang-bayang tadi, fikirnya lalu dia memusingkan badannya ke kanan.

“Huh… pura-pura tak nampaklah tu.” Dia amat mengenali suara itu tetapi dia tidak mahu untuk memberi sebarang respon. Biarlah dia pergi hilang sendiri.

Tiba-tiba dahinya disentuh oleh jari-jemari milik orang itu. Okey, ini memang berlebihan! Dengan sekelip mata dia segera berpusing dan menangkap tangan yang menyentuhnya tadi. Kini dia memandang tepat pada sepasang mata keemasan di hadapannya. Terkejut, lelaki yang dihadapannya itu tersentap dengan perbuatannya itu.

“Apa yang kau nak… Dino?” Kini dia mengeratkan pegangannya pada lelaki yang dipanggil Dino.

Dino menghela nafas kelegaan. “Nasib baik awak masih ingat nama saya. Kalaulah awak tak ingat tadi… memang hancur hati saya dibuatnya, kan Kyouya?”

Setelah mendengar namanya disebut oleh Dino, Hibari melepaskan pegangannya di pergelangan tangan bekas  pengajarnya itu. “Apa kau buat di sini?” Hibari menyilangkan tangannya sambil bersandar pada dinding, mengalihkan pandangannya ke langit yang biru.

Dino menggosok-gosok pergelangan tangannya yang kemerah-merahan. “Kuat juga budak ni. Sakit tangan aku dibuatnya…” ngomel Dino sendirian.

“Apa? Tak dengar.”

“Tak ada apa-apa,” Dino menggeleng-gelengkan kepalanya segera. “Saya saja datang melawat awak, salah ke?”

Hibari menderam, tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Dino. “Aku kenal kaulah, si pengajar yang tidak pandai menipu. Baik kau bercakap benar; apa tujuan kau ke sini?” Suaranya sengaja ditinggikan pada ayat terakhir. Dan teknik itu berkesan pada si Dino.

“B-B-Baik… aku ceritakan.” Dino melepaskan satu keluhan yang berat. Agak payah untuk dia memulakan ceritanya. Perlu ke dia menjelaskan kisah ini kepadanya? Tapi kalau apa-apa terjadi padanya berkaitan dengan kisah itu…. haish tak boleh jadi, dia tetap teruskan bercerita…

“Okey, mula-mula sekali; kau kenal kan Lambo? Budak berumur 5 tahun yang berambut afro dan memakai pakaian bercorak lembu?”  Angguk. “Dan kau tahu kan kewujudan Bazooka 10 Tahun kepunyaannya?” Angguk. “Err… sebenarnya yang bermasalah itu cumalah bazooka saja. Ada sedikit kerosakan.”

“Lepas tu?”

Dino mengurut dahinya yang berkerut. “Yalah, saya datang ini nak suruh awak berhati-hati sikit. Giannini masih buat kajian terhadap masalahnya itu, maka kita masih tak tahu apa yang akan berlaku jika seseorang ditembak oleh bazooka itu.”

Hibari mengecilkan matanya ke Dino. “Apa kena mengenanya dengan aku? Aku tak akan pergi berjumpa dengan budak itu, maka aku tidak mempunyai sebarang kemungkinan untuk ditembak. Buat apa kau beritahu aku?”

Sekarang si pengajar itu menggaru pipinya yang tidak gatal. “Itulah masalahnya. Bazooka itu… err… dia bergerak sendiri, melompat-lompat di sekitar kawasan ini. Saya dah hantar orang untuk mencari bazooka itu sebelum ia melompat dan menelan mangsa.”

Senyap. Kedua-dua orang itu memandang antara satu sama lain. Tidak semena-mena Hibari tergelak besar. Dino terkedu melihat perubahan pelajarnya itu. “Apa hal awak tiba-tiba gelak?”

Si rambut hitam itu menekup mulutnya sambil menahan daripada ketawa. “Tak adalah, cuma ada sedikit tidak logik dalam cerita kau. Bazooka yang melompat? Kau hantar orang kau cari bazooka? Bazooka kepunyaan budak berumur 5 tahun?” Hibari mengawang-awangkan tangan, muka menunjukkan ketidakpastian. “Tolonglah, kau tiada modal lain ke untuk menipu?” Hibari sambung gelak.

Dino terkesima. Dia tidak pernah melihat orang di hadapannya gelak sebegitu besar. Mungkin kali yang pertama dan yang terakhir. Dino cuba membuka mulut tetapi Hibari sudah berhenti gelak dan berdiri dengan muka serius.

“Baiklah Dino….” tangannya direnggang-renggangkan sambil memandang sinis kepada si rambut perang itu, “biar aku bermain sekali dengan cerita kau tu. Aku akan pergi ‘tangkap’ bazooka itu dan tunjukkan kepada kau yang perkara ini mudah untuk diselesaikan. Semudah makan kacang,” Dino merenung Hibari, cuba untuk mendapatkan jawapan. Pabila Hibari memulakan langkahnya ke arah pintu, Dino berdiri dan memegang tangan Hibari.

“… Berhati-hati.”

“… Hm.” Dan dia menutup pintu.

Dino mengeluh sekali lagi. Kali ini kedengarang agak berat. “Aku memang memaksudkannya…”

~~~

Hibari berjalan-jalan di sekitar perumahan Namimori. Sesekali kelihatan anak muda itu menggaru-garu pipinya yang tidak gatal sambil melihat pemandangan di situ. Ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan itu. Tapi apa dia ya? Hibari fikir. Sambil dia berfikir dia melintasi sebuah taman permainan. Dan langkahnya terhenti. Dia melihat taman permainan itu. Sunyi tanpa suara.

“Pelik, selalunya ada saja budak-budak bermain di kawasan ini. Tapi hari ini lain pula, tak ada orang langsung!” Terdetik di hati Hibari untuk melihat kalendar di telefon bimbitnya. Dia semak hari dan tarikh…

“Hari ini hari cuti. Waktu pula…. dah nak masuk pukul 5:00 PM, memang waktu ramai budak-budak keluar bermain di sini,” Hibari menutup telefonnya, rasa janggal menyelubung dirinya. Dia cuba untuk menjejakkan kakinya ke arah taman tersebut tapi terhenti. Dia rasa tidak perlu untuknya melakukan perkara itu. Dia mula memusingkan badannya apabila dia tiba-tiba terdengar bunyi reranting kayu dipijak.

“Siapa tu?” Tiada jawapan. Hibari memberhentikan pergerakannya untuk melihat situasi sekarang. Dia menarik nafasnya dan mengecilkan anak matanya dan…

Saaaaa…

Ada pergerakan di sebalik rimbun semak! Apalagi Hibari pun segera membuka langkahnya ke arah semak tersebut. Dia pun mula menghulurkan tangannya ke semak yang meragukan itu dan BASH! Sesuatu objek berwarna pink dan berbentuk silinder melompat keluar dari tempat itu. Hibari tahu objek itu! Bazooka 10 Tahun milik Lambo!

“Hooi! Jangan lari!” Panik, Hibari mula mengejar bazooka yang sedang melompat-lompat tanpa arah tujuan. Pelik memang pelik, tidak pernah terlintas dalam fikiran Hibari yang dia akan mengejar sebuah bazooka milik seorang budak berumur 5 tahun, tapi dia tidak kisah! Dia akan buktikan yang dia akan menangkapnya dan menyelesaikan masalah tersebut dengan senangnya!

“Kita tengok siapa yang lebih hebat…” sengih Hibari.

~~~

“Aik? Mana hilangnya benda tu?” Hibari termengah-mengah, cuba membetulkan peredaran nafasnya sambil mengelap peluh yang membasahi dahinya dengan belakang tapak tangannya. Dia mengipas-ngipas dirinya, cuba untuk menyejukkan mukanya sambil melihat sekeliling.

Kini dia berada di kawasan bandar Namimori. Keadaan di bandar itu memang ganjil. Ruang di kaki lima sunyi sepi. Tiada kenderaan lalu-lalang. Boleh dikatakan bandar Namimori telah berubah menjadi bandar mati. Dia tidak dapat melihat seorang pun kelibat manusia di sekitarnya sama ada seekor kucing mahupun burung. Tapi dia peduli apa, dia lebih mengutamakan tenaga pemikirannya dalam mengejar bazooka kepunyaan Lambo itu.

“Aku pasti benda tu berada di sekitar sini, memang pasti. Tapi di mana?” Hibari memusing-musingkan kepalanya sambil mencari objek yang dikehendakinya itu. Dia mula mengalihkan badannya ke arah sebuah kedai gula-gula. Dia tidak pasti mengapa dia menuju ke situ tapi dia membiarkan saja kakinya melangkah.

Kring! Loceng yang tergantung di penjuru pintu masuk bergoyang sebaik saja Hibari menolak pintu yang dihiasi dengan lolipop hiasan yang berwarna-warni. Bau manis gula-gula mula menusuk hidung Hibari. Dia tersentak. Dia tidak begitu menggemari sesuatu yang manis, baginya ia cumalah mendatangkan masalah. Manisan memberinya sakit kepala yang dahsyat hampir ke tahap migrain. Dia pernah cuba untuk memakan gula-gula yang diberi oleh si lembik itu, malangnya dia terpaksa dikejarkan ke hospital dan terpaksa tinggal di situ selama tiga hari. Sejak itu tiada sesiapa pun cuba berinya manisan lagi. Kenapa dia mempunyai masalah sebegini? Dia pun tidak pasti mengapa. Dia tidak begitu ingat apa yang telah terjadi. Tapi apa yang penting giginya tiada masalah kaviti. Lagipun dia bukannya suka sangat bagi orang lain tengok dalam mulutnya itu.

Sebaik saja dia melangkah ke arah kaunter pembayaran untuk melihat gula-gula berwarna-warni di dalam sebuah balang, dia terdengar sesuatu jatuh ke lantai. Tup. Bunyi yang perlahan. Dia menumpukan pendengarannya, mengharapkan bunyi itu berlaku lagi.

Tup. Tup. Dua kali. Bunyi itu berada di sebelah kirinya. Hibari mengalihkan kepalanya dan BAM! Bazooka itu muncul!

Hibari sengih kembali. “Kita berjumpa lagi. Masa bermain telah tamat, bazooka,” Hibari mula mengeratkan pegangannya terhadap tonfanya yang sentiasa berada di tepi pinggangnya. Macam faham dengan kata-katanya, bazooka itu seakan mengecilkan badan panjangnya itu dan mengensot perlahan-lahan ke arah Hibari.

Apabila ia sudah hampir dengan dirinya, Hibari mula membuka telapak tangannya itu untuk memegang muncung bazooka itu. Tapi dengan sepantas kilat bazooka itu melompat dengan tinggi dan mendarat di belakang Hibari yang terkesima dengan apa yang baru berlaku. Dengan tidak semena-mena bazooka itu menghalakan muncungnya ke arah Hibari dan—!



Author's note: That's the end of the prologue! Thanks for reading this!
Related content
Comments: 0